"Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku." - Surah az-Zariyat: ayat 56.
Doa sorang hamba........
"Ya Allah engkau Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku sifat istiqamah di dalam mencari redhaMU. Amin"
Peringatan kepada diriku yang lupa........
Ya Tuhan kami limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri
Tuesday, October 19, 2010
Tuesday, September 28, 2010
Ada tiga hal yang membuat aku tertawa dan tiga hal yang membuat aku menangis
Tersentuh hati bila membaca kata-kata daripada Abu Darda mengenai kematian
Abu Darda’ r.a. berkata:
“Ada tiga hal yang membuat aku tertawa dan tiga hal yang membuat aku menangis. Aku tertawa melihat orang yang terlalu mengejar dunia padahal dia dikejar kematian, orang yang lalai padahal dia tidak pernah dilalaikan, dan orang yang tertawa dengan makanan penuh dimulutnya sedang dia tidak mengetahui samada Allah meredhainya atau memurkainya”. Adapun orang yang membuat aku menangis ialah saat berpisah dengan kekasih Allah iaitu Muhammad s.a.w dan para pengikutnya, dan aku bersedih memikirkan betapa dahsyatnya permulaan kematian ketika menghadapi sakaratul maut dan bagaimana keadaanku ketika berdiri dihadapan Allah pada saat perbuatan yang selama ini tersembunyi dipertontonkan lalu aku tidak tahu apakah ke Syurga atau ke Neraka.”

Wednesday, August 18, 2010
Doa Munajat di bulan Ramadhan
(DOA MUNAJAT DI BULAN RAMADHAN)
بسم الله الرحمن الرحيم ، الحمد لله رب العالمين ،
والصلاة والسلام على أشرف الأنبياءِ والمرسلين ،
وعلى آله وصحبه أجمعين،
Ya Allah, ya Tuhanku, Yang bersifat Rahman dan Rahim.Dikau lebih kasih terhadap hamba-Mu dari kasih sayang ibu kepada anak kesayangannya. Maka sempena hari mulia bulan mulia ini, bulan Ramadhan Mubarak, bulan penuh keberkatan, bulan rahmat dan keampunan. Dikau mendengar dan mengkabulkan hamba-Mu yang berdoa dan bermunajat. Daku bersama para hamba-Mu yang saleh di seluruh dunia bermunajat kepada-Mu hanya semata-mata mengharapkan limpahan rahmat dan keampunan-Mu.
Daku mengakui dan menyedari betapa diriku ini banyak berbalut aneka ragam dosa, akibat kelemahan, kejahilan dan kelalaian. Dalam pada itu daku yakin dan percaya akan sifat Rahman dan Rahim-Mu, keampunan-Mu yang tiada had. Dengan Rahman dan Rahim-Mu Dikau tidak akan menghampakan harapan setiap hamba-Mu yang menadahkan tangan dan berdoa. Curahan kasih sayang dan keampunan-Mu tidak akan mengurangkan kekayaan-Mu.
Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim. Curahkanlah rahmat dan keampunan-Mu ke atas kami, saya dan kedua orang tuaku, curahkanlah rahmat dan keampunan-Mu ke atas mereka sebagaimana mereka mencu-rahkan kasih sayang ke atasku semasa kecil.
Ampunilah kami, saya dan isteri kesayanganku, demikian juga anak-anak dan zuriat kami, kerabat, sahabat handai, dan saudara/saudari kami seagama tanpa kecuali, di mana saja mereka berada ya Arhamar Rahimin.
Ya Allah, al-Rahman al-Rahim, kurniakanlah kami keimanan dan keyakinan yang benar-benar bersemi di dalam kalbu. Keimanan yang merangsang kami berbuat taat kepada-Mu. Ya Rahman ya Rahim, bukakanlah bagi kami pintu kejayaan dalam menempuh dan mengharungi samudera kehidupan yang luas ini. Berilah kami husnul kahtimah dan kebahagiaan dunia-akhirat. Amin !!!
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
والحمد لله رب العالمين ، آمين ، يا أرحم الراحمين.

Sifat-sifat orang mukmin yang ikhlas
1. Orang-orang yang berhati-hati kerana takut akan azab Tuhan
2. Beriman dengan ayat-ayat Allah
3. Tidak mempersekutukan Tuhan
4. Orang-orang yang yang memberikan apa yang telah mereka berikan dengan hati yang takut kerana mereka tahu bahawa sesungguhnya mereka akan kembali kepada Tuhan mereka
5. Mereka bersegera untuk mendapat kebaikan-kebaikan dan merekalah orang-orang yang segera memperolehinya

Tuesday, August 3, 2010
Islam di dalam kehidupan
Arahan kepada orang Islam untuk mengambil Islam seluruhnya
(al baqarah: 208)
'Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dala Islam keseluruhannya dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu"
Islam Agama yang sempurna
(Al Maidah: 3)
"Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmat Ku dan telah Ku Redhai Islam itu jadi agama bagimu"

Tuesday, July 27, 2010
Belanjakan harta di jalan Allah
Belanjakanlah harta di Jalan Allah
1. Untuk mencari keredhaan Allah swt
2. Untuk keteguhan jiwa
3. Untuk keampunan dan kurniaNya
Adab membelanjakan harta
1. Tidak menyakiti orang yang diberikan sedekah
2. Tidak menyebut-nyebut sedekah yang dibuat
Halangan daripada membelanjakan harta:-
syaitan yang menakutkan manusia dengan kemiskinan

Thursday, July 22, 2010
Sifat orang mukmin
7 Sifat orang mukmin yang beruntung
1. Beriman
2. Kusyuk dalam sembahyang
3. Menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia
4. Menunaikan zakat
5. Menjaga kemaluan
6. memelihara amanat dan janji
7. Orang-orang yang memelihara sembahyang
Ya Allah engkau Tuhanku,, kurniakanlah daku sifat-sifat seorang mukmin

Subscribe to:
Posts (Atom)